Selasa, 27 Disember 2016

Kolam Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya







Pukul 9.30pg dah keluar rumah ke Kolam Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya. Depan skit dari Alamanda. Belok kanan dan akan jumpa Petronas. Belok pula ke kiri akan jumpa Pasar Presint 16. Depan skit akan nampak bangunan Pusat Kejiranan Presint 16. Kolam tu dalam bangunan tu ye. Dari luar tak nampak.

Bayaran masuk sebanyak RM1 (kanak-kanak). Manakala bayaran masuk sebanyak RM2 (dewasa). Kanak-kanak yang nak mandi di kolam dewasa. Kena beli harga dewasa ye.

Nak ingatkan supaya bawa baju mandi untuk mandi di kolam tersebut. Jadual mandi kolam ada 4 sesi...9.00-11pg, 5-7ptg. Lagi 2 sesi tu tak ingat plak. (jangan marah na). Antara kolam kat Putrajaya tu, kolam kat Presint 16 ni yang ada gelongsor (slide). So memang enjoy budak-budak nanti.

Opsss...diingatkan gak agar tidak membawa makanan atau minuman dalam kawasan kolam tersebut. Ada juga kolam kecil di luar yang tidak perlu membayar duit. Kolam tu sesuai untuk baby dan kanak-kanak bawah 6 tahun. Bergantung pada ketinggian budak. Sebab kolam berbayar tu walaupun kolam kanak-kanak tapi still dalam gak. Kalau bawa pelampung, ok la. Kalau kanak-kanak yang tidak membawa baju mandi, pekerja akan suggest gi kolam kat luar tu gak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan