Selasa, 20 Disember 2016

Gold Coast Morib






Pergi ke Gold Coast Morib pada 18-19 Disember 2016. Excited nak pergi sini sebab memang tak pernah pergi lagi. Actually, voucher ke Gold Coast ni dibeli masa Matta Fair bulan Mac. Harga RM160 dapat penginapan 1 malam, gelang ke water theme park 4pcs dan breakfast 2pcs. Kalau nak tambah gelang or breakfast, boleh beli siap-siap masa beli voucher Gold Coast sebab lagi murah. Berbanding kita beli kat Gold Coast nanti. RM160 tu termasuk kos pembelian sebab beli ni atas orang. Orang tu yang tolong kita bersesak-sesak beli masa kat Matta Fair tu. Dia ambil RM10. Sepatutnya harga voucher RM150 je.

Lupa pula nak cerita, masa check in tu kena bayar RM50 sebagai surcharge sebab pergi waktu cuti sekolah.

Check in sepatutnya pukul 3 ptg tapi kami sampai dalam pukul 2.15 ptg. Tak ramai kat kaunter masa tu. Maybe bilik pun ada kosong. So, dapat la kunci. Yahoo...Naik bilik, lepak-lepak dulu. Rest kan badan ni setelah lebih kurang sejam lebih dok dalam keta.

Kat dalam bilik ada 2 katil single or boleh request 1 katil queen. Selalunya dapat 2 katil single. Dalam bilik tu ada jakuzi. Sebelum turun ke water theme park, berendam kat jakuzi dulu.hihihi...Lepas tu, jom kita ke theme park pula.

Gelang theme park perlu dipakai di pergelangan tangan. Gelang tersebut boleh digunakan sepanjang  penginapan kita di Gold Coast. Memang berbaloi. Tapi perlu diingatkan agar menyimpan gelang dengan baik kerana esok pagi boleh guna lagi. Kalau gelang hilang, takut tak dibenarkan masuk ke dalam theme park pula.huhuhu...

Breakfast pula, banyak juga juadah yang disediakan. Tapi rasa, biasa-biasa je. Tak ambil pakej yang ada breakfast pun, ok rasanya. Sebab kita makan pagi pun tak banyak sangat. Makan kat dalam bilik pun ok juga. Bawa la roti or everything yang kita rasa sesuai untuk breakfast.

Lepas breakfast, berendam lagi kat theme park. Tak boleh lama-lama sebab nak check out pukul 12tghri. Check out pun tak ramai orang masa tu. Just pulangkan kad (kunci bilik). Selesai percutian ni...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan