Sabtu, 24 Disember 2016

Taman Wetland, Putrajaya

Pada 24 Disember 2016, selepas pergi ke Kolam Kompleks Presint 16, pergi pula ke Taman Wetland Putrajaya. Taman Wetland ni ada 2 ye. Satu tu Taman Rekreasi Wetland iaitu taman air yang membolehkan orang ramai memancing, berkayak, paddle boat dan sebagainya. 

Bila jumpa Taman Rekreasi Wetland ni, jalan straight cam naik fly over tu. Sebab dekat situ ada 3 jalan. Ke kiri akan pergi ke Taman Rekreasi Wetland. Depan sikit dan ke kiri akan pergi ke Kajang. Manakala straight pula akan pergi ke Taman Wetland iaitu destinasi yang di tuju. Taman Wetland ni sebelah kiri dan akan nampak signboard nak masuk ke Taman Wetland nanti.

Di tingkat ini, kita akan jumpa lampu digital yang dipantulkan di lantai iaitu rama-rama yang sedang terbang. Nak tengok rama-rama tu terbang, pijak lah di lantai tu. Nanti akan keluar rama-rama yang banyak dan berwarna-warni. Kanak-kanak teruja di kawasan ni. Ada juga pantulan lampu digital di lantai iaitu sesumpah (kalau tak silap). Dan ada juga ikan-ikan sebenar yang berada dalam akuarium. Kawasan ini gelap dan akan melalui kawasan yang ada bunyi air.



Taman Wetland ni tak kena bayar. Dibuka untuk orang ramai. Parking macam tak ada je disediakan khas. So, parking tepi-tepi jalan je sebab ramai yang parking macam tu. Orang pun tak berapa ramai. Masuk-masuk akan jumpe seperti gambar di atas. Sebelum nak tengok apa yang ada dalam Taman Wetland ni, kena daftar di dalam buku dulu di kaunter. Just perlu tulis nama kita dan bilangan orang yang ingin masuk. Anda kini berada di tingkat 1.




Apabila kita pergi ke tingkat atas (tingkat 2), kita akan jumpa seperti gambar di atas. Tak ada apa sangat di tingkat atas. Ada komputer disediakan. Tidak pasti pula internet disediakan juga atau tidak. 

Di tingkat bawah (ground floor) pula. Ni ramai yang tidak tahu kewujudan. Sebab masa pergi tu, tak ada orang langsung di tingkat bawah. Agak seram gak. Apa yang ada di situ hanya lah lampu digital yang dipantulkan di lantai iaitu ikan-ikan yang sedang berenang. Tapi keadaan yang gelap dan tidak ada orang langsung. So, sekejap je di situ. Oh, di sini juga ada tanyangan gambar untuk kanak-kanak. Tapi masa pergi tu, tanyangan gambar tak ada pula.

Kalau nak keluar kena pergi balik ke tingkat 1 iaitu tempat kita mula-mula masuk ke Taman Wetland ni. Itu je boleh diceritakan. Baik pergi sekarang sebab free lagi. Takut nanti-nanti kena bayar pula. Who knows?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan